Bismillahirrahmanirrahim.
8.oo pagi.
whoa! baru bangun tidur, entah kenapa mimpi pelik gila tadi, semua masih terbayang2 dalam fikiran ku. lokasinya di kawasan simpang empat kedai gunong, aku nak pergi masuk kedai cina tu, lepas tu aku naik motor pakteh, tapi kemudian aku x matikan suis motor, tetiba ada orang naik, and then dia pergi begitu sahaja, aku balik dan bagitahu pakteh, motor pakteh dah kena curi, dia kata ‘takpelah, biarkan sahaja’.
9.00 pagi.
baru lepas sudah joging, kemudian singgah dirumah paksu, paksu dan maksu ada di halaman rumah, diorang nampak ceria, macam selalu, aku dan adik aku sempat minum air teh yang dibuat, kemudian maksu kata “pakteh accident tu, tapi entahlah, takde apa apa kot..” maksu pun gelak,pakteh dengan abang saiful.
dengan gelak itu aku comfirm kan bahawa yang berlaku adalah kemalangan kecil sahaja.
9.30 pagi.
dalam bilik air hendak mandi, hati aku tak tenang, mimpi tadi datang menerjah benakku dengan tiba tiba, kenapa aku mimpi sebegitu? tak patut betullah.
10.00 pagi
dah dah, dalam perjalanan pergi USM, nak lawat pakteh, ayah Li dan Makcik La dah ada kat situ, aku dengan adik aku pergi dengan Maksu dan Paksu, Ayah Sok juga sudah berada disana,
su, duk kat mana?
ayah sok telefon paksu, ketika itu kami dalam kereta Wish berada di hadapan pintu pagar USM.
kami dah sampai. kenapa?
paksu tanya balik,
takde apa apa, duk dekat wad kecemasan ni.
kami sampai diwad kecemasan, aku berdebar, kenapa mesti wad kecemasan? terukkah keadaan pakteh?
10.18 pagi..
aku nampak ayahli, ayah li menangis, sumpah 15 tahun aku hidup tak pernah aku nampak ayahli menangis.. ayah sok menyambut kami..
pakteh dah takde..
aku terkedu. aku toleh kebelakang, maksu terduduk, paksu dan pak uda berjurai air mata..semua orang menangis, paksu, maksu, pak uda, mak aji, tok ayah, umi, abah, makcikla, ayah li, makcik za, ayah nan. semua ahli keluarga aku menangis. makcik La dan makcik Za menelefon saudara mara terdekat dengan sedu sedan yang kuat, mereka tak mampu bercakap dengan betul lagi.
aku genggam erat tangan mak aji, aku pimpin mak aji masuk ke dalam wad. sebelah tangan lagi aku tutup mulut dan hidung ku menahan sebak, aku pimpin tangan mak aji ke katil arwah pakteh..
disitu aku tengok satu tubuh terkulai layu.. matanya bengkak dan biru.. mukanya putih dan lesu.. tak bermaya.. aku pegang kaki arwah pakteh..
sejuk.
tiada respons.
mak aji lepaskan tangan aku dan meluru kearah arwah pakteh. dia pegang pipi arwah pakteh, dia kucup pipi pakteh, basah pipi pakteh dek airmata mak aji.
11.00 pagi
kami pergi ke bilik bedah, aku, abah, pak uda, dan paksu untuk postmortem.
punca kematian; pendarahan dalam otak.
kami angkat jenazah arwah dari bilik mayat ke dalam van, tetapi ada beberapa prosedur yang perlu dilalui, aku balik dengan paksu.
kami singgah di rumah mak aji.
orang agak ramai, aku tengok pak satar memekup muka duduk dikerusi di satu penjuru.. aku dekat dengan dia, aku letak tangan atas ribanya tanda takziah, kami semua menunggu jenazah untuk dibawa balik.
entah kenapa penantian itu aku rasa amat lama. amat lama. aku duduk di halaman rumah, di depan ku ada seorang pemuda yang aku tak kenali, mungkin waris jauh jauh, tetapi dia kerap kali tengok air muka ku.
aku sumpah nak menangis disitu, tetapi aku tahan sebab saudara tersebut selalu tengok2 aku.
4.00 petang
van jenazah sampai, kami menghampiri dengan perasaan hiba dan pilu yang amat. Pak Satar yang dari tadi menyepikan diri, bingkas bangun dan mendedahkan mukanya yang merah, air mata tak lekang dek pipi.
kerana reaksi Pak Satar itulah aku tak terdaya lagi menahan tangisan. aku tumpas disitu..
kami sama sama naik keatas rumah, sebelum dimandikan, kami anak anak saudara arwah diminta membacakan surah yaasin untuk mereka, aku , ika dan beberapa orang yang lain, kami bersila dekat dengan arwah pakteh dan membaca yaasin. aku tumpas sekali lagi disitu, aku baca yaasin secara gagap dan perlahan kerana tak tertahan sedu. aku pilu..
jenazah dimandikan di sebalik penghadang kain, aku sempat tengok maksu menyelak kain berlari anak ke luar sambil menangis.
8.00 malam
sempat balik untuk solat segala bagai, majlis arwah dibuat oleh mak aji.
kemudian aku sedar, beberapa hari yang lepas, aku terima kunjungan arwah, dia menghadiahkan aku sebuah jam dinding plastik, berbentuk jam tangan, katanya ‘early happy birthday’.
……………………………………………………………………………………………………….
tepat pada malam ini, 2 tahun yang lalu yakni 17 Disember 2007, aku menangis seorang diri dalam bilik ketika hendak tidur sambil memeluk jam dinding berbentuk jam tangan itu.
dan aku mengaku aku juga mengalirkan airmata mengingatkan peristiwa 2 tahun lepas ini.
alfatihah untuk arwah Roslan bin Ja’afar.
setiap yang datang pasti akan pergi..
semoga rohnya ditempatkan bersama orang orang mukmin yang lain.
i love you so much pakteh, rest in peace.
i would hold you in my arms,
i would take the pains away,
thank you for all you’ve done,
forgive all your mistake,
there’s nothing i wouldn’t do,
to hear your voice again..
christina aguilera-hurt.
4 comments
fatin says:
December 18, 2009 at 1:37 AM (UTC 8)
salam. juz nk ckp tkziah. altough da 2years late. whuhu~n i kn0w kite xleyh wish takziah lpas 3 ari kmtian arwah rite? but still wanna say it. TAKZIAH.
Fawwaz Aizat says:
December 18, 2009 at 10:47 AM (UTC 8)
terima kasih. ;D
awin says:
December 18, 2009 at 10:57 AM (UTC 8)
mula-mula baca : pelik.
ehh, ni bukan yang dulu ke?
eh, malam tadi fawwaz epi jekk
habis baca : oohh, imbas kembali memori.
sudah nampak hikmah yang tersembunyi
Fawwaz Aizat says:
December 18, 2009 at 11:36 AM (UTC 8)
haha, kalau storyboard begini agak agak boleh dapat A+ tak karangan aku?
p/s: adakah aku pernah menulis tentang ini diblog lama? x ingat doe.