Bismillahirrahmanirrahim,
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih..
syahdu suara Krisdayanti membuat aku terleka memikirkan masa lepas dalam perjalanan pulang ke rumah,
hari ini, pergi ke sekolah untuk sesi menghantar buku teks. aku berfikir apakah berbaloi aku habiskan masa balut buku teks yang banyak tu, jadi aku tetapkan, “ah, persetankan balut2, nanti minta duit dengan umi nak bayar” jadi aku hantar begitu sahaja buku teks tersebut.
tengok tengok, aku dicas RM20.70 denda buku teks hari ini, HAHA, hampir RM18 dicas kerana tak balut buku, dan hilang dua buku teks iaitu novel The Pearl dan Putera Gunung Tahan, budak tu pun tengok aku macam “tak balut buku padan muka dengan ko” bermain dibenak fikirannya, tapi oleh sebab aku ada banyak duit, jadi aku pun cakap, okey, nanti saya bayar, tak bawak duit hari ini.pastu aku call umi, dia bagitau, takpe bayar aje lah, tak kisah..*ko ingat mak ayah aku tak mampu ke nak bayar RM 20.70 untuk buku teks. HUH.
tapi aku rasa macam, what the fuck la kan, sistem pinjaman buku teks amatlah teruk cara pengurusannya, dulu masa awal tahun aku pernah cakap kat pelajar yang bertugas aku tak nak pegang buku teks praktikal dan buku teks bahasa yakni Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sebab aku tahu selama lima tahun belajar BM dan BI tak pernah cikgu nak sentuh buku teks. tapi dia suruh aku ambil jugak bajet nak suruh cukup untuk pelajar semua, then dapatlah aku buku baru yang masih belum berbalut. aku minta pula tukar dengan buku lama yang telah berbalut, tapi dia balas. “alah, amik aje la, orang bagi kaki nak peha”. alih alih aku kena bayar RM18 untuk buku yang tak berbalut, macam what the fuck lah sangat.
terdesak sangat mungkin untuk dapat duit..
p/s: ni sebab aku berurusan dengan junior, kalau aku berurusan dengan mereka mereka yang berada di atas carta organisasi memang tak kena cas ape ape lah, tapi apakan daya diorang takde hari tu..
*kalau nak cas buku yang hilang memang aku mengaku tu salah aku. tapi nampak macam terdesak gila buat cara macam tu, nasib baik ni last time aku berurusan dengan buku teks sekolah. ;D
kemudian aku rasa menyesal pulak aku tak conteng2 dalam buku buku teks tu, BUKU TU BERSIH SUCI TAK CONTENG TAK PERNAH DIBUKA CUMA TAK DIBALUT SAHAJA.
takpelah, nanti aku bayar aku niat ikhlas sedekah untuk Badan Buku Teks Ma’ahad Muhammadi Lelaki,
okay cukup dengan amarah aku, aku pdan yang lain pun terus blah ke tempat yang lebih selesa iaitu Pusat Tuisyen Karisma, orang lain nak dengar taklimat Scholarship untuk lepasan SPM. *eh, bukan aku lepasan spm jugak ke?* tapi aku hadir tanpa semangat yang kuat buatkan aku sedikit bosan.
kemudian gerak ke KBMALL, aku dan nabil main boling, orang lain pergi jalan jalan, okey lah jugak sebab lama gila tak pegang bola boling jadi gian kejap. haha..
then naik tingkat atas sekali walaupun aku trauma dengan kejadian kereta masuk KB Mall tapi kosong kot tempat tu, best best amik gambar, ERROR 99 pulak keluar dalam skrin James, oh James! kenapa mesti masa ni jugak kau nak die on me. aku tak risau sangat sebab warranty habis bulan 1, sempat lagi service sebelum warranty habis tapi macam banyak aje aktiviti aku sepanjang cuti ni. kang aku suruh ayah aku beli 50D baru tahu ko James.
“ko sanggup ke kamera lain jadi BFF aweglemor ini? hahaha.”
monolog dalaman antara penulis blog dengan james yang nak mati.
okay ini ada sedikit gambar sempat di snap sebelum ERROR 99 yang amat menjengkelkan itu keluar. kemudian dibackup dengan Olympus ? tough milik nabil . compact pun jadi lerr..

Izzat mek au..mek au..

Shatri pose maut. hebat!

your’s truly bajet menghala ke hadapan. ;D


asreedesign dan rajaotai beraksi dihadapan camera.
dengan ini saya akhiri entri ini dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah.
selamat petang semua! .
p/s/s: doaku agar pasukan bola sepak negara dapat memenangi Piala Sukan SEA di Laos. amin.
3 comments
greenia says:
December 17, 2009 at 6:11 PM (UTC 8)
ini pengerusi SPBT.
ceeewah. tpi aku la plg last hntr buku.
wakaka!
Fawwaz Aizat says:
December 17, 2009 at 6:27 PM (UTC 8)
haha, memang patut dapat title ‘pengerusi contoh’ ni! haha.
;D
a'DaY says:
December 17, 2009 at 8:30 PM (UTC 8)
mmg pon..pawah eeh..BBT cekik darah..bagi buku tak berbalut..kita kene tanggung pulok..doh la nk pinjey pon kene charge RM4…sial~