Subscribe to RSS feed

«

»

Feb
22

Pedas.

Bismillahirrahmanirrahim,

ah, entah kenapa terasa perlu untuk mencatat perkara ini, perkara baru dalam hidup ku,

kisah berlaku semalam, makan kueytiauw tomyam, aku tak makan kueytiauw tu, aku makan sayur, sedang khusyuk memisahkan antara sayur boleh makan (hijau dan oren sahaja) dan juga sayur yang tidak boleh dimakan (daun kari dan tomato, tak suka tomato. noktah) menyuap dalam mulut sayur yang boleh dimakan dengan lahap sekali,

tiba tiba, deria rasa lidah ku menjadi tidak keruan, bibit bibit pedih dan panas mula terasa di lidah dan dalam tekak, oh no termakan cili api kaw kaw punya. telinga mula berdesing, air mata menitik laju, aku kelu dan kaku di meja makan.

entah kenapa tak tertahan rasanya, nasib aku baik kerana pernah tengok siri Myth Busters episod cili terpedas dunia, dan aku tahu bahawa susu secara kimianya lebih dapat menghilangkan rasa pedas daripada air biasa, apatah lagi air bekarbonat. -.-”

oleh itu aku berlari anak menuju ke peti sejuk dan meneguk terus susu coklat menerusi karton nya. masih lagi pedas sehingga aku terpaksa ke tandas untuk melelehkan air liur bersisa pedas itu. (ah! blog ini sudah kotor! >.<) setelah lima minit yang menyeksakan, barulah rasa itu reda.

rasa macam aku termakan habanero. ah bukan, aku takkan pernah makan habanero atau Bhut Jolokia kerana ia merupakan cili terpedas dunia. tahukah kamu bahawa menyentuh cili ini dengan tangan adalah merbahaya? dahsyat ciptaan Allah. :D

ingatkan aku tak akan sentuh cili buat seminggu, tapi tadi makan tengahari ekstra sambal pula. blergh, deria rasa aku sudah rosak dek semalam.

hari ini mood rosak juga, lepas sudah perang besar. tertekan gila dengan ekspektasi mereka. blergh tak nak cakap.

=.=”

5 comments

  1. fitri oh fitri says:

    freak. org xmkn sayur, mkn kuew teaw shj. anda makan syur shj.

    two words; E U
    haha.

    1. Fawwaz Aizat says:

      hahahaha, bukey lah, skalo2 make kueytiow,
      tapi sbb kueytiow tu x sedap sikit, so, x make lah, tapi still lapar,
      sbb tu makn sayur sahaja.
      :D

  2. Teaser Kanser says:

    u’ve been tag,visit my blog

    1. Fawwaz Aizat says:

      will do it once i have time,
      thanks. ;D

  3. wani says:

    Bhut Jolokia?cili terpedas dunia? [sy br taw]
    hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree