Subscribe to RSS feed

«

»

Feb
17

Siapa

Bismillahirrahmanirrahim,

pertama kali diucapkan terima kasih tak terhingga kepada cikgu nazlel sebab pernah singgah disini. itupun secara tak sengaja selepas menggoogle nama baby gurl beliau. sangat comel okay google nama isteri bahahahahaha. >.<

okayyy, jadi lepas tahu perkara tersebut, aku review balik apa sebenarnya tentang aweglemor ini. semestinya bukan tentang pokemon mahupun gossip girl. bukan juga tentang tikam tikam belakang kawan, dan segala bagai permasalahan yang lain.

aweglemor shows how childish and immature i am.

aku reflekskan semua bahagian yang tak dapat aku buat dalam dunia sebenar, aku bebas bersuara, ada orang dengar suara aku, ada orang baca tulisan aku.

akan tetapi, aku sedikitpun tak terasa inferior tentang childish nya aku. tentang immature nya aku. sebab aku dan aku sahaja yang memilih untuk jadi begini. aku percaya aku mempunyai seratus peratus kuasa terhadap personaliti aku. aku tak perlukan kata kata negatif orang lain untuk menilai siapa diri aku. aku pilih untuk terus kekal dengan diri aku.

jadi jelas disini, aku pilih untuk menjadi childish, immature, tak sopan, semua tentang aweglemor. aku boleh sahaja  menjadi mature, aku boleh menjadi romantis, aku boleh menjadi pengganas. tapi aku pilih tidak.

sebab aku rasa, aku dapat selesaikan masalah sekeliling hanya dengan menjadi aku. tak kisah seberapa merapu sekali blog ini. seratus persen milikku.

hari ini rasa amat gembira, dan bila aku gembira, aku harap aku tak payah sedih sedih lagi, tapi tadi tiba tiba berubah mood. sebab nampak status facebook contact, result dah dekat. tarikh tarikh spesifik mula didengari, dua puluh lapan bulan dua, tujuh belas bulan tiga. tak kisah lah mana mana cuma, aku harap aku bersedia menghadapi kenyataan, aku pernah kata bahawa aku tak takut dengan kenyataan, tapi hakikatnya, hati ini juga boleh berdebar tanpa kawalan, boleh rasa gugup dan takut apabila memikirkan masa hadapan.

jadi untuk tidak berasa berdebar, aku main Little Big Planet dekat PS3. gosh LBP kiut gila ah!  gameplay best, dan character nya pun kiut kiut kiut sangat.

little_big_planet

okay, dah hilang sedikit debaran tu.

blergh, nak sambung main LBP. :D

sekian terima kasih.

No comment yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree