Bismillahirrahmanirrahim,
okay! hari ni tekad! taknak pegi Yakin Pandu dengan ummi, oleh sebab tak nak tunggu lima jam disana tak buat apa apa, aku kuatkan semangat untuk naik pengangkutan awam juga.
lepas contemplating selama tiga puluh minit. ambil keputusan berani nak naik juga pengangkutan awam hari ni.
pukul 8 9 10 layan gossip girl lagi.
pukul 11 nak mandi. blergh, takde air kejap, pergi bukak suis, tunggu 10 minit baru ada air balik. blergh.
sudah mandi, shave janggut. hahaa, muka macam budak empat belas tahun. kiut dan comel. >.< BLERGH.
turun nak makan. bukak tudung saji, lauk kurang. *kurang?blergh!* masak ayam goreng segera. tunggu 10 minit untuk memasak.
lepas makan. naik atas, cari baju berkolar. shit. baju berkolar habis stok. semua baju berkolar tengah basuh. blergh,
selongkar almari cik abangku. damn, apesal baju mamat ni semua M L XL ? aku tinggi pada dia apa? semua baju tak muat, blergh, sambung selongkar almari adik aku. jumpa satu baju. muat. yezza.
turun bawah, buka pintu depan, kunci pintu depan. pakai kasut. shit, mana stokin pulak ni? buka kunci, masuk amik stokin. keluar balik.
pakai kasut. pegi dekat motor. ah, tak payah pakai topi lah, lagipun sampai kedai pak uda sahaja, lepas tu dah boleh sekat teksi disana.
cuba buka kunci motor. wat the hell? kenapa tak boleh pusing plak ni?
10 minit habis mencarut disitu. blergh, tersalah kunci. dua dua motor lagenda jadi kunci sama nombor pendaftaran plet sahaja yang lain.
buka kunci rumah, masuk, amik kunci motor satu lagi, keluar.
damn, tertinggal kunci rumah dalam rumah.
masuk rumah, amik kunci rumah. keluar. pergi balik dekat motor.
masukkan kunci. guna starter tangan. tak hidup. guna starter kaki. tak hidup juga. buang kunci. bukak seat. check minyak. set, minyak ada lagi.
try start lagi sekali. dah boleh. tapi kejap kejap mati balik. tertekan. blergh.
dah boleh start, ah, tak sedap hati plak kalau tak pakai topi, walaupun dekat, sebab aku kan penunggang berhemah, takde guna aku pegi amek lesen tapi tak praktikkan apa yang aku belajar selama ni.
bunyi skema gile kan, aku sendiri pun tak sangka.
masuk rumah balik. amik topi. pegi dekat motor balik.
start motor, bukak pintu pagar, dah determine gile nih nak pegi naik pengangkutan awam.
tutup pintu pagar. nak gerak tu, rasa tak best, tengok tengok, tayar bocor.
=.=”
kau boleh faham tahap mana stress nya aku kan?
lepas tu baru teringat, setakat mana kita merancang sesuatu perkara, tak akan terjadi melainkan Allah menghendakinya.
insaf sekejap, tak jadi nak mencarut.
3 comments
dai-chan says:
February 17, 2010 at 5:37 PM (UTC 8)
suka entry ni. part last sekali.
Fawwaz Aizat says:
February 17, 2010 at 6:08 PM (UTC 8)
terima kasih kerana menyukai.
dai-chan says:
February 17, 2010 at 6:15 PM (UTC 8)
no hal, HAHA, same2