Subscribe to RSS feed

«

»

Feb
06

Obligasi.

suatu masa dulu, aku pernah menjadi seorang yang sangat gembira dengan kehidupan yang dilaluinya, jatuhnya aku, bangunnya aku, aku redha dan aku terus berjalan, tanpa perlu memikirkan jalan mana perlu diambil untuk merealisasikan perjalanan aku.

hidupnya aku dalam suasana tenteram kerana aku tak perlu susah susah memendam perasaan, adanya cerita, adanya luahan, aku tulis dalam blog, dan aku ekspresikan dalam fotografi.

akan tetapi, tahun lepas menjadi penghalang. segala bagai kesibukan, peperiksaan besar, perwakilan pelajar, dan macam macam alasan lagi, buat aku terpaksa memegang tanggungiawab yang agak berat, aku tak senang berkata kata tentang hidup aku di dunia maya, aku tak bisa meluahkan perasaan hati dengan tenang, di alam sosial. menyimpan beribu rahsia, aku gagahkan jua untuk realisasikan perjalanan tadi.

akan tetapi, tahun ini, semestinya setiap orang yang pernah memasuki blog ini sudah mengetahui bahawa aku amat merindui seni fotografi, jadi tak perlu aku cerita panjang lebar kenapa memilih medium penulisan dalam blog.

kerana aku bebas dari tanggungjawab amanah sekolah, aku mempunyai seratus peratus hak ke atas blog aku, sebab aweglemor.com adalah satu domain dan hosting berbayar. dan setakat yang aku tahu aku boleh letak seberapa banyak entri yang aku boleh. hahaha, jadi macam membazir pula kalau tak guna dan memendam perasaan sebegini,

jadi dengan ini aku berikrar, setiap kali aku rasa tertekan dan setiap kali aku rasa hebat, akan ku luahkan segala nya disini sebab tak nak membazir.

okay tak explanation aku?

hahaha. :D

selamat malam dan terima kasih.

p/s: rasa macam ada sambungan sahaja entri Epik Persabahatan Sekolah tu. tetapi aku masih tidak menulis sedikit pun, mungkin ada, mungkin tiada.

:D

3 comments

  1. nono says:

    salaam..

    Fawwaz kenapa kurang pictures kebelakangan ini yea? Expresskan la jugak through visual art ;D

    1. Fawwaz Aizat says:

      I Will, soon.
      :D

  2. Rusyda says:

    Yes! a good explanation~
    Haha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree