rasa ingin meluahkan segala gala nya disini,

tapi tidak terluah dengan perkataan.

mungkin juga bakal tiba masanya.

sedih ke tahap bukan kepalang,

memang rasa macam dah kalah dalam peperangan.

blog tidak akan diupdate buat sementara waktu.

Pedas.

Bismillahirrahmanirrahim,

ah, entah kenapa terasa perlu untuk mencatat perkara ini, perkara baru dalam hidup ku,

kisah berlaku semalam, makan kueytiauw tomyam, aku tak makan kueytiauw tu, aku makan sayur, sedang khusyuk memisahkan antara sayur boleh makan (hijau dan oren sahaja) dan juga sayur yang tidak boleh dimakan (daun kari dan tomato, tak suka tomato. noktah) menyuap dalam mulut sayur yang boleh dimakan dengan lahap sekali,

tiba tiba, deria rasa lidah ku menjadi tidak keruan, bibit bibit pedih dan panas mula terasa di lidah dan dalam tekak, oh no termakan cili api kaw kaw punya. telinga mula berdesing, air mata menitik laju, aku kelu dan kaku di meja makan.

entah kenapa tak tertahan rasanya, nasib aku baik kerana pernah tengok siri Myth Busters episod cili terpedas dunia, dan aku tahu bahawa susu secara kimianya lebih dapat menghilangkan rasa pedas daripada air biasa, apatah lagi air bekarbonat. -.-”

oleh itu aku berlari anak menuju ke peti sejuk dan meneguk terus susu coklat menerusi karton nya. masih lagi pedas sehingga aku terpaksa ke tandas untuk melelehkan air liur bersisa pedas itu. (ah! blog ini sudah kotor! >.<) setelah lima minit yang menyeksakan, barulah rasa itu reda.

rasa macam aku termakan habanero. ah bukan, aku takkan pernah makan habanero atau Bhut Jolokia kerana ia merupakan cili terpedas dunia. tahukah kamu bahawa menyentuh cili ini dengan tangan adalah merbahaya? dahsyat ciptaan Allah. :D

ingatkan aku tak akan sentuh cili buat seminggu, tapi tadi makan tengahari ekstra sambal pula. blergh, deria rasa aku sudah rosak dek semalam.

hari ini mood rosak juga, lepas sudah perang besar. tertekan gila dengan ekspektasi mereka. blergh tak nak cakap.

=.=”

Kongkongan Ibu Bapa.

Bismillahirrahmanirrahim,

hari ini sahaja mahu update awal sebab nanti takut hilang idea untuk menulis.

kisah sebenar dari mulut aku, aku tak faham kenapa parents aku abide aku pergi beaches. not even with their supervision.

perkara ni terjadi masa dekat langkawi tu, aku ada minta, nak pergi tasik dayang bunting, or at least pergi pantai cenang untuk ambil gambar, tapi aku diturned down oleh mereka, yang mana dengan alasan, tak sempat.

tapi aku tahu bukan sebab tak sempat, sebab masih ada gap masa yang terluang kalau dikira sempat bercam whore siap dekat pantai tu.

jadi untuk memastikan tekaan ku, aku cuba meminta kebenaran ummi untuk pergi join kem KEX. aku tahu, aku memang tak mahu pergi, cuma untuk memastikan apa yang bermain di benak aku, semuanya tipu belaka. aku harap aku salah, lalu aku tanya ummi, nak pergi kem bahasa inggeris boleh tak? bayarannya RM150. *surely, money was never the question*

“buat dekat mana?”

“tak tahu lagi.”

“if it’s somewhere near beaches, i forbid.”

“owh, okay.”

jadi tekaan aku betul, memang aku benci bila aku betul tapi ya, aku betul. mungkinlah kali ini tak boleh sebab not under her supervision, lagipun tapi agak absurd jawapan itu.

how can you expect that a camp base buat downtown dalam bandar for god sake?!

aku tak marah, sumpah aku tak marah. aku bersyukur di beri ibu bapa yang amat prihatin dan menjaga anak anak nya sampai begitu.

aku bersyukur sebab dengan didikan mereka, aku tak hisap rokok, aku tak hisap dadah, aku tak hisap syisya, aku tak minum arak, aku tak berzina, aku tak keluar malam, aku tak ada pergaulan bebas, even aku tak couple! aku jadi perwakilan pelajar yang mana setakat ini masih lagi waras dan tahu berfikir mana baik mana buruk nya sesuatu perkara, aku bersyukur.

akan tetapi aku kira tidak beri kebenaran ke pantai agak keterlaluan. same things goes for lesen, walaupun aku dapat P tapi aku masih tak dibenarkan membawa motosikal ke kota bharu atau mana mana sama tempat jauhnya, hanya kereta dibenarkan dan nasib baik ada kereta spare boleh buat jalan jalan kalau tidak memang aku dah putus asa.

aku tak tahu macam mana abang kakak aku boleh survive begini, yang aku tahu kami ada rahsia masing masing yang mana our parent tak perlu tahu. Dua abang aku dah jejak kaki ke luar negara , Mesir dan United Kingdom, masing masing aku kira sudah pergi ke tempat tempat yang amat tidak digalakkan oleh ibu bapa ku. masa aku mungkin tiba dalam dua tiga bulan lagi, aku dah boleh pergi mana mana tanpa ada supervision yang ketat kalau aku masuk universiti. aku cuba untuk bertahan,

tapi aku tak nak perkara ni terus terusan menjadi macam ini, sumpah tak best gila bila terlalu dikongkong sebegini, rimas lah!.

aku cuba suarakan pendapat tetapi aku takut digelar derhaka, aku tak nak sakitkan hati ibu bapa ku tapi dalam masa yang sama aku tak nak simpan dendam begini, *oh, aku tak berdendam ye harap maaf* aku nak suarakan pendapat tetapi aku takut aku kasar, sedangkan sebelum ini tak pernah aku tinggikan suara dihadapan mereka.

aku tahu aku bertuah dikurniakan ibu bapa sebegini tetapi semua benda yang kita buat tak bolehlah ekstrem sangat, moderate is the best.

tetapi aku mungkin tak akan membantah, sebab aku fikir, tak lama lagi aku dah boleh buat perkara sebegitu, kalau ikut teknik kakak ku, pergi dahulu lepas balik baru bagitahu. tak dikira menipu kan?

entah, aku sendiri pun tak tahu.

blergh.

Depresi

Bismillahirrahmanirrahim,

hari ini depresi yang amat. buat semua benda tak betul, buat semua benda rasa macam nak menangis,

i’m back to the bottom of the wheel.

bila rasa insecure, rasa terlalu self absorb dengan diri sendiri.mungkin salah aku, mungkin juga tidak, tapi aku harap boleh naik ke mood yang lebih gembira dalam masa sekelip mata.

*mengelip-ngelipkan mata*

okay tak jadi, masih lagi down. -.-”

letih sangat menjadi seperti ini, kadang kadang bila reviu balik hidup aku, pada waktu pagi aku akan berdoa meminta agar aku dikurniakan kegembiraan buat hari ini, wajib aku menadah tangan di hamparan sejadah biar hidup aku kembali normal, tak, hidup aku tak pernah normal, biar hidup aku sentiasa diberkati, tanpa ada masalah inferior, tanpa ada masalah hasad dengki, tanpa ada rasa buruk hati.

tapi bila petang atau malam, bila aku keletihan, macam macam ragam yang terjadi, masalah makin menjadi jadi, tak suka betul macam ni. mungkin ada sesuatu yang silap tapi aku tak jumpa, atau sengaja aku butakan mata hati.

konklusinya, hari ini aku emo lagi.

mungkin ini puncaknya, mungkin juga ini baru permulaannya.

Satu Hajat.

saat kau bersiap sedia untuk berlepas,

satu hajat membelenggu diri terlepas keluar lagi,

menghalang diri dari terbang tinggi,

ke langit biru dimana tak perlu dirisaukan lagi,

mana kegembiraan, mana hilai tawa, mana gurau senda, mana tempat terjaga diri,

mana kesedihan kesukaran keseksaan kesayuan tidak menjadi masalah abadi.

langit biru penuh dengan impian dan mimpi indah,

langit biru penuh kasih sayang bukan tempat menunding jari menunjuk salah,


kau dihalang satu hajat itu,

buat kau jatuh rebah ke bumi kembali,

tersungkur ke tanah perang bersalut debu.

derita jiwa mula bergema,

menusuk tajam ke dalam telinga,

membisikkan kata kata murka,

lantas kau bangun dan bersila,

berfikir tentang mungkinkah ini masanya,

untuk kau berputus asa.

p/s:sudah lama tidak berpuisi. heh.

Siapa

Bismillahirrahmanirrahim,

pertama kali diucapkan terima kasih tak terhingga kepada cikgu nazlel sebab pernah singgah disini. itupun secara tak sengaja selepas menggoogle nama baby gurl beliau. sangat comel okay google nama isteri bahahahahaha. >.<

okayyy, jadi lepas tahu perkara tersebut, aku review balik apa sebenarnya tentang aweglemor ini. semestinya bukan tentang pokemon mahupun gossip girl. bukan juga tentang tikam tikam belakang kawan, dan segala bagai permasalahan yang lain.

aweglemor shows how childish and immature i am.

aku reflekskan semua bahagian yang tak dapat aku buat dalam dunia sebenar, aku bebas bersuara, ada orang dengar suara aku, ada orang baca tulisan aku.

akan tetapi, aku sedikitpun tak terasa inferior tentang childish nya aku. tentang immature nya aku. sebab aku dan aku sahaja yang memilih untuk jadi begini. aku percaya aku mempunyai seratus peratus kuasa terhadap personaliti aku. aku tak perlukan kata kata negatif orang lain untuk menilai siapa diri aku. aku pilih untuk terus kekal dengan diri aku.

jadi jelas disini, aku pilih untuk menjadi childish, immature, tak sopan, semua tentang aweglemor. aku boleh sahaja  menjadi mature, aku boleh menjadi romantis, aku boleh menjadi pengganas. tapi aku pilih tidak.

sebab aku rasa, aku dapat selesaikan masalah sekeliling hanya dengan menjadi aku. tak kisah seberapa merapu sekali blog ini. seratus persen milikku.

hari ini rasa amat gembira, dan bila aku gembira, aku harap aku tak payah sedih sedih lagi, tapi tadi tiba tiba berubah mood. sebab nampak status facebook contact, result dah dekat. tarikh tarikh spesifik mula didengari, dua puluh lapan bulan dua, tujuh belas bulan tiga. tak kisah lah mana mana cuma, aku harap aku bersedia menghadapi kenyataan, aku pernah kata bahawa aku tak takut dengan kenyataan, tapi hakikatnya, hati ini juga boleh berdebar tanpa kawalan, boleh rasa gugup dan takut apabila memikirkan masa hadapan.

jadi untuk tidak berasa berdebar, aku main Little Big Planet dekat PS3. gosh LBP kiut gila ah!  gameplay best, dan character nya pun kiut kiut kiut sangat.

little_big_planet

okay, dah hilang sedikit debaran tu.

blergh, nak sambung main LBP. :D

sekian terima kasih.

Rancang.

Bismillahirrahmanirrahim,

okay! hari ni tekad! taknak pegi Yakin Pandu dengan ummi, oleh sebab tak nak tunggu lima jam disana tak buat apa apa, aku kuatkan semangat untuk naik pengangkutan awam juga.

lepas contemplating selama tiga puluh minit. ambil keputusan berani nak naik juga pengangkutan awam hari ni.

pukul 8 9 10  layan gossip girl lagi.

pukul 11 nak mandi. blergh, takde air kejap, pergi bukak suis, tunggu 10 minit baru ada air balik. blergh.

sudah mandi, shave janggut. hahaa, muka macam budak empat belas tahun. kiut dan comel. >.< BLERGH.

turun nak makan. bukak tudung saji, lauk kurang. *kurang?blergh!* masak ayam goreng segera. tunggu 10 minit untuk memasak.

lepas makan. naik atas, cari baju berkolar. shit. baju berkolar habis stok. semua baju berkolar tengah basuh. blergh,

selongkar almari cik abangku. damn, apesal baju mamat ni semua M L XL ? aku tinggi pada dia apa? semua baju tak muat, blergh, sambung selongkar almari adik aku. jumpa satu baju. muat. yezza.

turun bawah, buka pintu depan, kunci pintu depan. pakai kasut. shit, mana stokin pulak ni? buka kunci, masuk amik stokin. keluar balik.

pakai kasut. pegi dekat motor. ah, tak payah pakai topi lah, lagipun sampai kedai pak uda sahaja, lepas tu dah boleh sekat teksi disana.

cuba buka kunci motor. wat the hell? kenapa tak boleh pusing plak ni?

10 minit habis mencarut disitu. blergh, tersalah kunci. dua dua motor lagenda jadi kunci sama nombor pendaftaran plet sahaja yang lain.

buka kunci rumah, masuk, amik kunci motor satu lagi, keluar.

damn, tertinggal kunci rumah dalam rumah.

masuk rumah, amik kunci rumah. keluar. pergi balik dekat motor.

masukkan kunci. guna starter tangan. tak hidup. guna starter kaki. tak hidup juga. buang kunci. bukak seat. check minyak. set, minyak ada lagi.

try start lagi sekali. dah boleh. tapi kejap kejap mati balik. tertekan. blergh.

dah boleh start, ah, tak sedap hati plak kalau tak pakai topi, walaupun dekat, sebab aku kan penunggang berhemah, takde guna aku pegi amek lesen tapi tak praktikkan apa yang aku belajar selama ni.

bunyi skema gile kan, aku sendiri pun tak sangka.

masuk rumah balik. amik topi. pegi dekat motor balik.

start motor, bukak pintu pagar, dah determine gile nih nak pegi naik pengangkutan awam.

tutup pintu pagar. nak gerak tu, rasa tak best, tengok tengok, tayar bocor.

=.=”

kau boleh faham tahap mana stress nya aku kan?

lepas tu baru teringat, setakat mana kita merancang sesuatu perkara, tak akan terjadi melainkan Allah menghendakinya.

insaf sekejap, tak jadi nak mencarut.

Blergh.

Bismillahirrahmanirrahim,

blergh, entah kenapa macam sedap gila kot boleh sebut begitu.

hajat di hati nak update pasal langkawi, tup..tup.. bila dah contemplate semua, rasa macam not worth to be noted down dalam blog. kenapa? entah lah, aku sendiri pun bingung, sebab, kadang kadang, aku excited gila, sampai saiko kalau cakap pasal langkawi, dua minit kemudian aku rasa, blergh. period.

macam haram.

argh, mood nak cakap bukan bukan dah datang. tahaaan.. tahaaan!! merapu lagi, tapi apa kau kisah, blog aku bayar, kan? haha.

tapi kita cerita lah sikit sikit apa yang patut atau lebih sesuai, apa yang aku rasa,

trip ni tak best sangat kot, sebab dari mula mula dah ada masalah tak sesuai. terlebih muatan kot, ada yang tak payah masuk kereta pun sedap sedap masuk.

okay, faham setakat tu cukuplah sebab aku tak de masa nak elaborate panjang panjang. haha.

lagipun dalam trip slalu aje kena marah, entah kenapa, macam semua bad mood gile oh. sakit hati gak, semua benda jadi salah, semua benda kena marah.

lepas tu pulak yang kecik kecik suka merajuk menangis buat hal segala bagai. sampai pening kepala ah layan karenah masing masing. BLERGH..

sebab semua dah mood tak berapa nak stabil, kebanyakan program jadi tak best gile ah.

tapi aku macam biasa, steady. mana mana masa yang sesuai untuk aku rileks , aku cuba untuk rileks, dan menikmati serenity yang di kurniakan.

satu perkara yang aku rasa paling tak best sekali, masa sampai jetty tu, rasa macam, blergh. kenapa ramai sangat yang sangkut dslr dekat tengkuk masing masing ni,

kalau setakat body + kitlens takpe la, ni yang tambah battery grip dengan flashgun segala bagai, gila inferior aku rasa.

bukan apa, bukan aku tak galakkan orang lain pakai dslr ke apa, bukan aku yang buat menatang tu pun, haha, aku rasa inferior sebab, SEBAB AKU DENGKI KOT ORANG LAIN PAKAI FLASH GUN HAHAHAHHA.

aku pun bila tengok dah ramai sangkut dekak tengkuk masing masing, aku letak dalam beg aje, tak berani nak keluarkan sangkut tengkuk. sebab aku benci cliche. tak best langsung cliche.

=.=”

jadi resolusi aku, kalau nak nampak lain daripada lain, sila sangkut 5D MK II + Battery Grip + 580 EX II, pair up dengan 70-200mm f/2.8 L IS II.

barulah tak nampak cliche.

tapi tu bukan resolusi yang sesuai melainkan kau ada duit riban riban semata mata nak gantung benda alah tu dekat tengkuk kau.

resolusi yang sesuai, kalau dah gear empat lima ribu, pastikan gambar gambar yang kau amik mantap tahap gaban lah. kalau nak landscaping, pakailah UWA. kalau nak potrait cun, pakai aperture besar, kalau nak lowlight pun sama. sebab ada orang yang gear mahal mahal tapi tak tahu fungsi. T___T
sampai aku yang tengok pun jadi sedih.

kenapelah tersangat mengikut trend sampai jadi macam ni.

tapi ni bukan bermakna aku hebat tahap dewa dalam bab bab ni, oleh itu, janganlah kau pandai pandai condemn aku bajet hebat ke apa,

eh tak, kau nak condemn silakan sebab hidup kau kan? tapi jangan lakukan pada tempat terbuka takut takut aku tahu, nahas.

blergh, memang merapu tahap gaban ah,

hajat di hati nak upload gambar disini, tapi macam. weird gile ah, sebab setahu aku, stalker babi tu masih lagi wujud.

bai, guna anonymous kalau aku boleh detect kau punya IP adress dan email adress pun apa gunanya? aku tak faham lah bahagian mana yang kau tertarik sangat dengan aku ni, seriously, aku ni comel sangat ke sampai kau tak habis habis nak stalk aku lagi. geli gile ah.

dah mood habis rosak sebab stalker. shit betul.

habis sudah bab holiday, balik holiday masih inferior sebab masalah gantung camera di tengkuk. dan juga masalah yang aku masih tak boleh nak habiskan cepat cepat.

lemah gila kot kalau masuk bab trust dan friendship ni.

wargh bosan ah.

lesen tak siap lagi, majalah tak siap lagi, bila fikir fikir balik, aku duk tertekan seorang diri, kerja tak boleh nak buat, bagi dekat orang lain, orang lain tak boleh nak siapkan, aku semakin tertekan jadinya.

=.=”

bai nak tidur.

p/s: entri ini tidak ditujukan buat Yahya Helmi Abdullah, congrats untuk 40D engkau.

Ini Epik Persahabatan II.

ah, seorang yang lepas ingat perkara ini sudah berakhir, tetapi malangnya ada pihak yang cuba menyambung kembali tali yang hampir putus digiris masalah. kenapa malang? kerana pihak tersebut hanya menyusahkan pihak yang lain. yang mana pihak yang lain ini terpaksa menceritakan perkara sebenar untuk memastikan sesiapa yang membaca ini dapat memahami perasaan sebenar yang tertaut dihati.

kita mulakan cerita setelah habis sahaja episod yang lepas, kali ini aku akan gunakan anu bagi menggantikan nama sebenar. jangan risau kerana aku yakin ia tidak mempunyai formula algebra seperti termaktub dalam kitab matematik tambahan.

anu P,Q,R,S,T,U tiada kaitan dengan mana mana pihak sama ada yang masih hidup ataupun telah mati.

cerita bermula dengan si P, yang mana dia ingat cerita ini telah habis, dan sedikit kecewa kerana namanya terpaksa disebut sebut dalam blog aweglemor.

P sudah berharap agar masalah ini selesai dengan cepat, tidak kira sama ada ia habis dalam keadaan teruk atau sebaliknya, yang penting habis kerana dia ada hidup yang perlu diteruskan. putus atau tidak putus.

perlu diingatkan disini, perasaan benci dan marah mula merasuk kedalam jiwa semua watak ketika ini, tidak ada seorang pun yang terkecuali.

jadi persahabatan mereka di bahagi dua, P Q R, dan S T U.

S T U mungkin, mungkin membaca entri terdahulu, dan mungkin, mungkin rasa bersalah, mungkin, mungkin, dan mungkin.

S yang memulakan langkah pertama, pergi mencari yang paling lembut hatinya, Q menjadi sasaran.

S mula meminta maaf, tidak tahu apa yang dilalui oleh P Q R, modal sibuk masih lagi digunakan, mungkin sebab dia ingat Q ini masih bodoh dan tak dapat mengerti gamaknya, mungkin, mungkin dan mungkin. tapi dalam minta maaf itu diselitkan kata kata pedas,

“ah, kau jangan ikut sangat P tu, dia memang macam tu, selalu emosional, semua benda nak ikut cakap dia, orang lain semua dia tak nak dengar”

busuk kan? buat S, kalau betul kau kata macam ini, atau memang ada bau bau bacang dengan ayat diatas, P cakap fuck you. aku tak cakap, P yang cakap. sekali lagi, fuck you.

Q masih dilema, sama ada dia okay atau tidak, hanya diri sendiri yang tahu, pesanan buat Q, P cakap, buat perkara yang kau rasa terbaik untuk diri kau, untuk keluarga kau, untuk teman teman kau, dan untuk agama kau.

apa cerita dengan T? ayat T agak tak boleh blah, dikatanya tiada niat untuk buat yang lain terasa. eh, kalau tak ada niat maksudnya tak pernah sakit kah yang lain? P cakap, dia tak mau dengar alasan, tapi dia hanya mahu dengar ayat maaf itu, tapi bukan untuk dia, dia dah serik dengar ayat maaf. P dah lama tawar hati, seperti ayat diatas, P nak benda ni habis, tapi takkan habis selagi yang lain tak memahami apa yang dia mahu. tapi dia minta, T minta maaf secara ikhlas dengan Q dan R. sebab Q dan R hatinya fragile. P tak begitu, P pura pura tough depan Q dan S, dalam hati P, tuhan sahaja yang tahu.

cerita U? lagi dahsyat, katanya mahu cuba independent, tak mahu bergantung dengan rakan rakan lama. (oops, bekas rakan merupakan ayat yang sesuai sekali.), dicari nya rakan baru. tapi P Q R tak kisah sangat, sebab U lah yang paling menyakitkan hati. Q dan R sudi menerima maaf U, tapi P, macam biasa lah, kalau U ada ego, takkan P tak boleh ada ego? sejak bila drama sabun (translasi terus soap opera) tak complicated? P nak kekal dengan ego nya, P nak U rasa neraka yang pernah dilalui oleh P. lepas tu P dah tak nak ada apa apa dengan semua kecuali Q dan R.

P dah sayang sangat dengan Q dan R, P boleh hidup atas dunia ni kalau dikurniakan kawan macam Q dan R. Q dan R tempat luahnya perasaan, tempat mendengar, tempat paling sesuai digelar sahabat.

P tak kira apa orang lain nak cakap, P bosan, P serik, P muak , P nak benda ni habis, P dah tak nak fikir apa apa, tambah stress sahaja, P tak nak benda sama berulang kembali, sebab P dah fucked up dengan S, bakal fucked up pula dengan T dan U. tak.. tak.. rephrase that. P mungkin dah fucked up dengan T dan U. mungkin, mungkin dan mungkin.

untuk Q dan R, P minta maaf, tapi P dah buat keputusan, Q dan R boleh sahaja baik baik dengan  S T U, tapi P tak nak.

untuk S T U, P harap agar P tak pernah kenal dengan orang macam ni, P harap P boleh cakap depan muka kau orang, ROT IN HELL LAH MOTHERFUCKER. terutama S. tak.. terutama S T U.

hari tu P dah minta halal segala makan minum dengan T, ni nak mintak sekali lagi, buat S T U, halalkan segala ilmu segala makan minum segala gurau senda yang P pernah ambil, minta dan segala bagai,

moga S T U dapat hidup dengan membuat perkara ini terhadap orang lain juga, teruskan usaha anda merosakkan hubungan, moga nanti Allah membalas segala perbuatan keji yang pernah kau orang buat dekat Q dan R. P okayy, P rileks..

maaf sebab entri ini draft selama seminggu, tapi sibuk sangat dengan lesen. -.-”

buat S sekali lagi, fuck you.